Tuesday 18 September 2012

Makanan di Kantin Sekolah Versus Makan di Rumah

Assalamualaikum. Haa, topik malam ni yang saya nak cerita ialah tentang makanan di kantin versus makanan di rumah. Okey, pada pendapat anda sekalian alam, mana satu yang anda rasa lagi elok? Makanan di kantin atau di rumah? Pada pendapat saya, saya lebih suka makanan di rumah. Entahlah, bila makan dekat rumah lebih berselera nafsu makan. Tapi dekat sekolah, satu makanan pon saya tak usik. Kecuali kalau dah kelaparan sangat, hah telan je lah apa-apa pun. Di sini saya nak jelaskan kelebihan makan di rumah trolololo version. HAHA!

1 )Dekat kantin, kena beratur time nak beli makanan, kan? Kat rumah anytime anywhere je cilok makanan
Haa, betullah. Especially bila kita nak beli air atau kuih-muih. Confirm lah ramai yang beratur. Kadang-kadang, ada yang cari nahas suka-suka hati dia jer nak potong line. Hello makcik-pakcik. Tolong lah hormat orang sikit. Dia fikir dia tu berpangkat besar? Sabor je lah. Ni yang rasa nak penggal sekor-sekor ni.

2 )Dekat kantin, kalau nak tambah lagi kena beli lagi satu. Eh, buat lah muka tembok beli lagi satu. Kat rumah, biar lah habis seperiuk nasi pon tetap tak malu
"Lapar nya! Perut aku dah berkeroncong habis ni. Padahal nasi lemak baru jer aku habiskan. Nak beli lagi ke eh? Aahh, malu-malu! Hmm, lantaklah, janji perut ku kenyang dan makin gendut. Lalala" Pergi dekat mak cik tu sambil buat muka tembok. "Mak cik, nasi lemak satu". Mak cik tu cakap dalam hati. "Eh ni bukan ke budak yang beli nasi lemak tadi? Lapar lah tu" sambil gelak sorang-sorang.
Dekat rumah habiskan je weh nasi lemak mak kauorang masak tu. xD!

3 )Masakan di rumah lebih sedap kut.
Yeah! Memang masakan mak saya paling sedap di dunia! Kat sekolah, kadang2 ada maggi tu basilah, sambal nasi lemak masamlah, ada telur lalat lah. Itulah, inilah. So, lebih selamat korang bawak bekal dari rumah. Lagi sedap lagi berkhasiat air tangan mak kita tu. Kan?

Haha, ituje yang saya boleh fikir sekarang ni. Hope korang suka. Bye2


THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

No comments: